Kelas Asas ICT (Menaip)

19 Disember 2023 | Aktiviti Terkini

Pada 18 Disember 2023, Isnin, Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Rantau Panjang telah mengadakan Kelas Asas ICT Menaip yang bermula dari pukul 2:00 petang sehingga 4:00 petang. Kelas tersebut telah dijalankan di dalam bilik latihan PEDi Rantau Panjang dan telah dihadiri oleh 4 orang peserta.

Antara pengisian kelas tersebut adalah memperkenalkan kepada para peserta dengan asas komputer seperti komponen-komponen yang terdapat di komputer dan juga pengenalan kepada asas Microsoft Office iaitu Microsoft Word. Peserta juga telah diberikan latihan menaip menggunakan Microsoft Word bagi mengasas kemahiran penggunaan komputer mereka.

Semoga kelas komputer ini dapat memberi manfaat kepada komuniti. Semoga banyak lagi komuniti menyertai program ini bagi meningkatkan kemahiran ICT dikalangan komuniti luar bandar.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali